KITAB SIRRUL ASROR BAB 12
KEBAHAGIAAN KARENA AMAL SHOLEH
KEBAHAGIAAN KARENA AMAL SHOLEH
اَعُوْذُ بِااللهِ مِنَ اْلشَّيْطَا نِ الْرَجِيْم بِسْمِ اللهِ اْلَرّحْمنِ اْلرَحِيْمِ
اَشْهَدُ اَنْ لا َاِلَهَ اِلا الله وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
اَلله ُوَحْدهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ مُحَمَّدٌ عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهْ حَقُّ الله - رَحْمَةُ الله – رِضَأ الله
اَشْهَدُ اَنْ لا َاِلَهَ اِلا الله وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
اَلله ُوَحْدهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ مُحَمَّدٌ عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهْ حَقُّ الله - رَحْمَةُ الله – رِضَأ الله
Patut
diketahui bahwa manusia termasuk pada salah satu dari dua golongan,
golongan pertama ialah yang berada dalam kedamaian, keimanan, bahagia
dalam melakukan ketaatan kepada Allah, sementara golongan kedua berada
dalam keadaan tidak selamat, keraguan dan kerisauan dalam keingkaran
terhadap peraturan Tuhan. Kedua nilai, ketaatan dan keingkaran, ada di
dalam diri seseorang. Jika kesucian, kebaikan dan keikhlasan lebih
menguasai, sifat-sifat mementingkan diri akan bertukar menjadi suasana
kerohanian dan bagian diri yang ingkar akan dikalahkan oleh bagian diri
yang baik. Sebaliknya jika seseorang mengikuti hawa nafsu yang rendah
dan kesenangan ego dirinya, sifat-sifat ingkar akan menguasai bagian
diri yang satu lagi untuk menjadikannya ingkar dan jahat. Jika
kedua-dua sifat yang berlawanan itu sama-sama kuat diharapkan yang baik
itu boleh menang, sebagaimana yang dijanjikan:
مَنْ
جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ
بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Barangsiapa
membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat
amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak
diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka
sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).(Surah An’aam, ayat 160).
Dan
jika Allah kehendaki ditambah-Nya lagi ganjaran atas kebaikan. Namun
orang yang kebajikan dan kejahatannya sama banyak mesti lulus
perbicaraan pada hari pembalasan. Orang yang berhasil mengubah sifat
mementingkan diri kepada tidak mementingkan diri, hawa nafsu yang
rendah kepada cita-cita kerohanian, baginya tiada hisab, tiada catatan
akan diberikan kepadanya. Dia akan memasuki surga tanpa melalui huru
hara hari kiamat.
فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ
Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.. (Surah Qari’ah, ayat 6 & 7).
Orang
yang kejahatannya lebih berat daripada kebaikannya akan dihukum
menurut kadar kejahatannya. Kemudian dia dikeluarkan dari neraka, jika
dia beriman, dan akan masuk syurga.
Taat
dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini ada dalam diri
seseorang manusia. Yang baik boleh berubah menjadi jahat dan yang jahat
boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda,
“Orang
yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan, keimanan dan
kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatannya lebih menguasai
kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat. Orang yang menyadari
kesalahannya dan bertaubat dan mengubah haluannya akan mendapati suasana
ingkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat”.
Telah
menjadi ketentuan bahwa baik dan jahat, kehidupan yang diberkati bagi
orang yang taat dan kesengsaraan bagi yang ingkar, adalah keadaan yang
setiap orang dilahirkan dengannya. Kedua-duanya tersembunyi di dalam
bakat atau keupayaan seseorang. Nabi s.a.w bersabda,
“Orang
yang bertuah menjadi baik adalah baik ketika di dalam kandungan
ibunya, dan orang berdosa yang jahat adalah pendosa di dalam kandungan
ibunya”.
Begitulah
keadaannya dan tiada siapa yang berhak berbicara mengenainya. Urusan
takdir bukan untuk dibicarakan. Jika dibiarkan perbincangan demikian ia
akan membawa kepada bid'ah dan kekufuran.
Lagipula
tiada siapa boleh menjadikan takdir sebagai alasan untuk membuang
segala ikhtiar, semua perbuatan baik. Seseorang itu tidak boleh
mengatakan, ‘Jika aku ditakdirkan menjadi baik maka aku bersusah payah
membuat kebaikan sedangkan aku sudah diberkati’. Atau berkata, ‘Jika
aku sudah ditakdirkan menjadi jahat apa gunanya aku berbuat kebaikan’.
Jelas sekali pendirian demikian tidak benar. Tidak wajar mengatakan,
‘Jika keadaan aku sudah ditakdirkan pada azali apa untung atau rugi yang
aku harapkan dengan usahaku sekarang’. Contoh yang baik diberikan
kepada kita adalah perbandingan di antara Adam a.s dengan iblis yang
dilaknat. Iblis meletakkan kesalahan kepada takdir, yang menyebabkan
dia menjadi derhaka, maka dia menjadi kafir dan dibuang jauh daripada
keampunan dan kehampiran Tuhan. Adam a.s mengakui kesilapannya dan
memohon keampunan, menerima keampunan dari Allah dan diselamatkan.
Menjadi
kewajiban bagi orang Islam yang beriman untuk tidak coba memahami
sebab-sebab yang tersimpan di dalam takdir. Orang berbuat demikian akan
menjadi keliru dan tidak mendapat apa-apa melainkan keraguan. Bahkan
dia mungkin kehilangan keyakinan. Orang yang beriman mestilah
mempercayai kepada kebijaksanaan Allah yang mutlak. Segala yang manusia
lihat terjadi pada dirinya di dalam dunia ini mesti ada alasan tetapi
alasan itu bukan untuk difahami melalui lojik manusia karena ia
berdasarkan kebijaksanaan Tuhan. Di dalam kehidupan ini bila kamu temui
pencacian terhadap Tuhan, kemunafikan, keingkaran, penipuan dan
lain-lain yang jahat, jangan biarkan perkara-perkara tersebut
menggoncangkan iman kamu.
Ketahuilah
Allah Yang Maha Tinggi dengan kebijaksanaan mutlak bertanggungjawab
kepada semua perkara dan Dia lakukan apa yang kelihatan sebagai tidak
baik sebagai menyatakan kekuasaan-Nya yang mutlak. Penampakan kekuasaan
yang demikian mungkin menyebabkan ada orang yang tidak bertahan dan
menganggapnya sebagai tidak baik tetapi ada rahasia besar di sebaliknya
yang tiada makhluk yang tahu melainkan Rasulullah s.a.w. Ada kisah
orang arif berdoa kepada Tuhannya, “Wahai Yang Maha Suci, semua telah
diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau
letakkan padaku adalah milik-Mu”. Ketika itu dia mendengar jawaban tanpa
suara tanpa sepatah perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan,
“Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan Yang Maha
Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba”. Hamba yang beriman
itu berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku bersalah,
aku berdosa”. Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari
dalam dirinya, “Dan Aku mempunyai keampunan terhadap dirimu. Aku telah
hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku telah ampuni kamu”.
Biar
mereka yang beriman tahu dan bersyukur yang segala kebaikan yang
mereka lakukan bukanlah dari mereka tetapi melalui mereka, kejayaan
datangnya dari Pencipta. Bila mereka bersalah biar mereka tahu bahawa
kesalahan mereka datangnya dari diri mereka sendiri, kepunyaan mereka
dan mereka boleh bertaubat. Kesalahan datangnya dari keegoan mereka
yang batil. Jika kamu memahami ini dan mengingatinya kamu termasuk ke
dalam golongan yang disebut Allah:
وَالَّذِينَ
إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ
وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
أُولَئِكَ
جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Dan
(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun
terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa
selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya
itu, sedang mereka mengetahui.Mereka itu balasannya ialah ampunan dari
Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang
mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang
beramal.. (Surah Imraan, ayat 135 & 136).
Adalah
baik bagi orang yang beriman mengakui yang dirinya sendirilah puncak
semua kesalahan dan dosanya. Itulah yang akan menyelamatkannya. Itu
lebih baik dan lebih benar daripada meletakkan kesalahan dirinya kepada
Yang Maha Perkasa, Maha Kuasa, Pencipta semua perkara.
Bila Nabi s.a.w bersabda, “Telah diketahui bila seseorang itu berada di dalam kandungan ibunya dia akan menjadi baik atau pendosa”
baginda maksudkan ‘dalam kandungan ibu’ itu adalah empat anasir yang
melahirkan semua kekuatan atau tenaga dan kebolehan lahiriah. Dua
daripada anasir tersebut adalah tanah dan air yang bertanggungjawab
kepada pertumbuhan keyakinan dan pengetahuan, melahirkan kehidupan dan
lahir dalam hati sebagai tawaduk (kerendahan diri). Dua anasir lain
ialah api dan angin yang bertentangan dengan tanah dan air – membakar,
membinasa, membunuh. Kudrat Tuhan yang menyatukan anasir-anasir yang
berlawanan dan berbeza menjadi satu. Bagaimana air dan api bisa bersama?
Bagaimana cahaya dan kegelapan bisa terkandung di dalam awan?
هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنْشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ
وَيُسَبِّحُ
الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ
الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي
اللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ
Dia-lah
Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan
dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung.Dan guruh itu bertasbih
dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat karena takut
kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada
siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah,
dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya.
. (Surah ar-Ra’d, ayat 12 & 13).
. (Surah ar-Ra’d, ayat 12 & 13).
Satu hari wali Allah Yahya bin Mua’adh ar-Razi ditanya, “Bagaimana mengenali Allah?’ Dia menjawab, “Melalui gabungan yang bertentangan”.
Pertentangan
termasuk pada, dan sebenarnya keperluan bagi, memahami sifat-sifat
Allah. Dengan menghadapkan diri kepada hakikat Ilahi seseorang menjadi
cermin yang membalikkan kebenaran itu, juga sifat Yang Maha Perkasa
dibalikkan. Dalam diri manusia terkandung seluruh alam maya. Sebab itu
dia dipanggil penggabung yang banyak. Allah menciptakan manusia dengan
dua tangan-Nya, tangan kemurahan-Nya dan tangan keperkasaan-Nya,
keperkasaan dan kekuasaan. Jadi, manusia adalah cermin yang menunjukkan
kedua-dua belah, yang kasar serta tebal dan yang halus serta indah.
Semua
nama-nama Ilahi nyata pada manusia. Semua makhluk yang lain hanya
sebelah saja. Allah menciptakan iblis dan keturunannya dengan sifat
kekerasan-Nya. Dia ciptakan malaikat dengan sifat kemurahan-Nya.
Nilai-nilai kesucian dan kebaktian yang berterusan terkandung dalam
kejadian malaikat, sementara iblis dan keturunannya yang diciptakan
dengan sifat kekerasan-Nya, mempunyai nilai kejahatan, kerana itu iblis
menjadi takabur, dan bila Allah perintahkan sujud kepada Adam dia
ingkar.
Oleh
kerana manusia mempunyai kedua-dua ciri alam tinggi dan rendah, dan
Allah telah memilih utusan-utusan dan wali-wali-Nya dari kalangan
manusia, mereka tidak bebas daripada kesilapan. Nabi-nabi dipelihara
dari dosa-dosa besar tetapi kekhilapan kecil harus berlaku pada mereka.
Wali-wali pula tidak terjamin dipelihara daripada dosa tetapi adalah
dikatakan wali-wali itu hampir dengan Tuhan, mencapai makam
kesempurnaan, mereka masuk ke bawah perlindungan Tuhan dari dosa-dosa
besar.
Syaqiq
al-Baqi berkata, “Terdapat lima tanda kebenaran: perangai yang lemah
lembut dan lembut hati, menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan
tidak peduli tentang dunia, tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki
rasa hati (gerak hati atau intuisi). Tanda-tanda pendosa juga lima;
keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah menangis, mencintai dunia
dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu dan tidak ada
rasa atau gerak hati”.
Nabi
s.a.w meletakkan empat nilai pada orang yang baik-baik, “Boleh
dipercayai dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya dan
mengembalikannya. Menepati janji. Bercakap benar, tidak berbohong.
Tidak kasar dalam perbincangan dan tidak menyakitkan hati orang lain”.
Baginda s.a.w juga memberitahu empat tanda pendosa, “Tidak boleh
dipercayai dan merosakkan amanah yang diberikan kepadanya, mungkir
janji, menipu, suka bertengkar, memaki apabila berbincang dan
menyakitkan hati orang lain”. Seterusnya pendosa tidak dapat
memaafkan kawan-kawannya. Ini tanda tiada iman kerana kemaafan menjadi
tanda utama orang beriman. Allah memerintahkan rasul-Nya:
“Berilah maaf, dan suruhlah mereka (manusia) berbuat kebaikan, dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”.
Perintah
‘maafkanlah’ bukan hanya tertuju kepada Rasulullah s.a.w seorang
sahaja. Ia mengenai semua orang dan tentu sahaja termasuk mereka yang
beriman dengan Rasulullah s.a.w. Perkataan ‘maafkanlah’ bermakna
jadikan tabiat memafkan, jadikan sifat atau peribadi. Siapa yang ada
sifat pemaaf menerima satu daripada nama-nama Allah – ar-Rauf – Yang
Memaafkan. “Barangsiapa memaafkan dan membereskan maka ganjarannya (adalah) atas (tanggungan) Allah”. (Surah Syura, ayat 40).
Ketahuilah
ketaatan kepada Allah bertukar menjadi ingkar, kejahatan dan dosa
menjadi kebaikan, tidak berlaku dengan sendiri, tetapi dengan
rangsangan, pengaruh, tindakan serta usaha diri sendiri. Nabi s.a.w
bersabda, “Semua anak dilahirkan muslim. Ibu bapaknya yang
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Setiap orang ada bakat untuk
menjadi baik atau jahat, boleh memiliki sifat-sifat baik dan buruk
dalam masa yang sama. Jadi, adalah salah menghukum seseorang atau
sesuatu sebagai sepenuhnya baik atau buruk. Tetapi benar jika dikatakan
seseorang itu lebih banyak kebaikannya daripada kejahatannya ataupun
sebaliknya.
Ini
bukan bermakna manusia masuk syurga tanpa amalan baik, juga bukan dia
dihantar ke neraka tanpa amalan buruk. Berfikir cara demikian
bertentangan dengan prinsip Islam. Allah menjanjikan syurga kepada
hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal salih dan diancam-Nya
orang-orang yang berdosa dengan azab neraka.
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
Barangsiapa
yang mengerjakan amal saleh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri, dan
barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya
sendiri, kemudian kepada Tuhanmulah kamu dikembalikan (Surah Jaasiaah, ayat 15).
الْيَوْمَ تُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ لَا ظُلْمَ الْيَوْمَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Pada
hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya.
Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat
hisabnya. (Surah Mukmin, ayat 17).
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan
kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan
mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat
apa-apa yang kamu kerjakan.
. (Surah Baqaraah, ayat 110).
رَبَّنَا
اَتِنَا فِى اْلدُنْيَاحَسَنَةً وَفِى اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ اْلنَّارِ. وَاْلحَمْدُ للهِ رَبّ ِاْلعَالَمِيْنَرِضَــا يَاالله ……….. الفاتحة
4 komentar:
subhanalloh bagus bener nih artikel pak , tks sheringnya pak
Alhamdulillah...... sama2. semoga manfaat. amin
cuma seorang pengamen jalanan yang pendapatannya tidak seberapa,buat makan saja nda cukup apalagi untuk beli obat buat ibu saya karna belakangan ini ibu saya lagi sakit sakitan jadi saya harus Assalamualaikum wr.wb saya NURMIA ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini membantin tulang buat ibu saya dan adik saya karna bapak kami pergi meninggalkan kami entah kemana,,saya dapat nomor AKI ALI dari teman saya..awalnya sih saya ragu tapi nda ada salahnya juga saya coba karna sudah banyak paranormal yang saya hubungi tapi tidak ada yang berhasil malahan cuma uang saya aja yang terkuras habis dan akhirnya saya menghubungi AKI ALI dan mengikuti 4D nya yaitu {1475} dan alhamdulillah berhasil..!!! Kini kehidupan kami sudah tidak seperti dulu lagi dan akhirnya saya juga sdh punya usaha sendiri dan bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HBG 0823=9433=4877 AKI ALI nomor ritual AKI ALI meman benar2 100% tembus. >> >>>KLIK DISINI<<
*****=====*****=====*****=====*****====*****=====*****=====*****=====
cuma seorang pengamen jalanan yang pendapatannya tidak seberapa,buat makan saja nda cukup apalagi untuk beli obat buat ibu saya karna belakangan ini ibu saya lagi sakit sakitan jadi saya harus Assalamualaikum wr.wb saya NURMIA ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini membantin tulang buat ibu saya dan adik saya karna bapak kami pergi meninggalkan kami entah kemana,,saya dapat nomor AKI ALI dari teman saya..awalnya sih saya ragu tapi nda ada salahnya juga saya coba karna sudah banyak paranormal yang saya hubungi tapi tidak ada yang berhasil malahan cuma uang saya aja yang terkuras habis dan akhirnya saya menghubungi AKI ALI dan mengikuti 4D nya yaitu {1475} dan alhamdulillah berhasil..!!! Kini kehidupan kami sudah tidak seperti dulu lagi dan akhirnya saya juga sdh punya usaha sendiri dan bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HBG 0823=9433=4877 AKI ALI nomor ritual AKI ALI meman benar2 100% tembus. >> >>>KLIK DISINI<<
*****=====*****=====*****=====*****====*****=====*****=====*****=====
SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
& INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))
Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari AKI RORO
karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO
Posting Komentar